Banner 468x60

Banner 468x60

Ibu reda diuji lagi

Ibu reda diuji lagi

Dungun: “Saya reda dengan ujian Allah sekali lagi,” kata Rohana Ahmad, 50, yang kehilangan anak buat kali kedua apabila anak sulungnya terbunuh dalam maut dalam kemalangan di Kilometer 79.2 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan dekat Batu 49, di sini, pagi semalam.

Abdul Rahman Mohd Fauzi, 20, dari di Kampung Molek, di sini, terbunuh apabila motosikal Yamaha Ego ditungganginya dirempuh sebuah kereta Proton Saga Aeroback jam 2.15 pagi, manakala rakannya yang membonceng motosikal itu, Mohd Salahuddin Alhafriz Mazlin, 20, dari Jalan Nibong Stesen, di sini, parah dan hampir putus kaki kiri.



Abdul Rahman yang parah di kepala dan patah kedua-dua kaki serta paha, meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian manakala Mohd Salahuddin dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk rawatan.

Ketika kejadian, Abdul Rahman yang bekerja sebagai jurujual alat penapis air dikatakan dalam perjalanan dari rumahnya untuk pulang ke asrama tempat mereka bekerja di Kampung Batu 5, di sini.

Setibanya di tempat kejadian, mangsa dikatakan membuat pusingan U sebelum dirempuh kereta dipandu remaja lelaki berusia 18 tahun. -Harian Metro