Agensi Berita Antarabangsa Associated Press melaporkan seorang pegawai kerajaan Malaysia berkata rampasan itu bukan hanya lagi satu teori tetapi ia adalah ‘konklusif’.
rampasPegawai tersebut, yang terlibat dalam penyiasatan itu, berkata mereka telah menentukan bahawa salah seorang juruterbang atau orang lain yang mempunyai pengalaman terbang, telah merampas pesawat itu.
Sementara itu, Agensi berita China, Xinhua yang memetik seorang pegawai siasatan (dipercayai pegawai MAS sendiri) yang enggan namanya disiarkan memberitahu bahawa penyiasat hampir pasti memuktamadkan bahawa punca kehilangan pesawat Boeing B777-200ER Sabtu lalu adalah angkara perampas.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan butir-butir siasatan kerana tidak mahu dia menjadi siasatan pihak berkuasa pula kerana membocorkan maklumat sulit yang masih dalam siasatan.
Walaupun laporan itu belum disahkan mana-mana agensi penyiasat termasuk FBI dan CIA, sumber dalaman penyiasat memberitahu bahawa rundingan sedang diadakan antara perampas pesawat dengan pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.
Bagaimana, di mana dan apa tuntutan perampas dan pihak berkuasa mana yang berunding dengan mereka masih belum dimuktamadkan.
Tetapi dipercayai ejen CIA telah berada di satu lokasi rahsia di mana pesawat itu kini berada beberapa hari lalu tetapi hanya didedahkan hari ini kata jurucakap bersama Jabatan Negara Amerika Syarikat dan Pentagon ketika mengesahkan perkembangan berkenaan.
Spekulasi bertiup kencang bahawa kerajaan Malaysia akan mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam tempoh terdekat ini. --- http://bm.selangorku.com