Banner 468x60

Banner 468x60

Hanez Suraya tertekan dituduh perampas

Hanez Suraya tertekan dituduh perampas

BARU  sahaja mengumumkan fasa bahagianya bersama seorang ahli perniagaan yang digelar 'R', pelakon Autumn Dihatiku ini berdepan pula dengan tuduhan merampas suami orang serta menjadi punca keretakan rumah tangga lelaki tersebut.

Meskipun sudah menafikan perkara itu, Hanez atau nama sebenar Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, tetap menerima kritikan hebat.


Hanez sebelum ini mengakui bakal mengahwini ahli perniagaan yang berusia 34 tahun itu selepas menjalinkan hubungan cinta sejak penghujung tahun lalu.

"Saya pening dengan tuduhan liar yang dilemparkan tanpa ada bukti kukuh.

"Perkara ini telah menjejaskan periuk nasi saya sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan," katanya kepada Zass, kelmarin.

Tegas Hanez, dia tidak mahu nama dan imejnya tercalar disebabkan fitnah tersebut.

“Saya bukan punca keretakan rumah tangga orang! Saya mahu bersihkan nama saya, atas fitnah yang dilemparkan,” kata Hanez.

Dedah hal sebenar

Akui agak tertekan dengan dakwaan yang dilemparkan itu, Hanez bakal tampil membuat sidang media bersama dengan jejaka tersebut.

“Saya bukannya tak nak mengaku dari awal, tetapi sebelum ini, saya berfikir untuk menjaga aib semua pihak. Buat apa nak canang kat semua, malu sebenarnya.


“Tapi disebabkan tuduhan itu keterlaluan, lepas ini saya akan terangkan semuanya, tunggu saja minggu depan!,” kata bintang drama siri web popular Tonton, Autumn Dihatiku 2 itu.

Menurut Hanez, dia berbuat demikian lantaran ramai yang memberi pandangan negatif, tidak kurang juga menuding jari terhadapnya.

Hanez berkata, dengan tampil memberi penjelasan, dia berharap tiada lagi tuduhan akan dilemparkan kepadanya sekali gus membersihkan imej dan karier seni yang dibinanya selama sepuluh tahun di dalam bidang seni. ---- Sinar Harian Online