Ahad lalu, pihak polis menemui mayat pelakon Woo Bong Sik, 41, tergantung di kediamannya, kira-kira pukul 8 malam. Pihak polis Seoul mengesahkan bahawa pelakon pembantu itu mati kerana menggantung dirinya sendiri.
Difahamkan, pelakon yang pernah muncul dalam filem Fly High itu mengalami masalah tekanan dan masih menerima rawatan dengan pengambilan ubat.
Dia tertekan kerana kurang mendapat tawaran berlakon dan kali terakhir dia ditawar berlakon drama Dae Jo Young menerusi watak Palbo pada 2007. Untuk meneruskan kehidupannya, Woo Bong Sik terpaksa bekerja setiap hari.
Lain-lain filem lakonannya adalah Diary of June, Siren, Plastic Tree dan drama 3840 Guerilla Unit.
Selebriti Korea lain yang mati dengan cara membunuh diri adalah Jung Ah Yool, Jung Da Bin, Lee Eun Joo dan U Nee. --- Utusan