Ini kerana secara peribadinya Kapten Zaharie disifatkan sebagai seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya.
Rakan rapat yang enggan dikenali itu berkata, dia yakin dan menaruh kepercayaan penuh terhadapnya kerana minatnya yang mendalam kepada penerbangan.
"Jika sesuatu yang buruk berlaku kepada pesawat tersebut, saya yakin yang beliau akan meletakkan keselamatan pesawat itu lebih daripada dirinya sendiri.”
Menceritakan mengenai peribadi Kapten Zaharie, beliau melihat rakannya itu seorang yang bersemangat dan mempunyai minat yang mendalam terhadap tugasnya.
Malah, Kapten Zaharie dilihat sebagai rakan yang baik, penyayang dan seorang juruterbang yang profesional.
Justeru, beliau tidak teragak-agak setiap kali menaiki penerbangan yang dikendalikan Kapten Zaharie.
-Sumber