KUALA LUMPUR: Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri Untuk Pertahanan Kebangsaan Negara China berkata satelit negara itu 'memperhatikan kawasan disyaki' pesawat terhempas di laut.
CNN memetik agensi media China sebagai berkata, imej satelit dari 9 Mac yang diambil sehari selepas pesawat MAS MH370 yang dalam perjalanan ke Beijing dilaporkan hilang menunjukkan 'tiga objek yang dipercayai terapung' dalam pelbagai saiz di Laut China Selatan, luar selatan perairan Vietnam.
Koordinat yang diberikan pada kedudukan 105.63 longitud timur, 6.7 latitud utara.
Pesawat MAS MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang selepas berlepas kira-kira sejam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 12.41 pagi Sabtu.
Pesawat itu dijadualkan tiba di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.
Berita selanjutnya menyusul. ---- Mstar