Banner 468x60

Banner 468x60

Nadia Annuar Beri Masa Pada Kekasih Untuk Peluk Islam..

Nadia Annuar Beri Masa Pada Kekasih Untuk Peluk Islam..

Sejak kebelakangan ini makin banyak pula kisah pasal bertukar agama.

Kisah personaliti TV3, Nadia Shahrul Annuar yang kini kembali menjalinkan cinta dengan kekasih berlainan agama, penyanyi popular dari Indonesia, Sammy Simorangkir.



Tahun lalu, pasangan ini telah putus cinta dipercayai disebabkan perbezaan agama di antara mereka berdua.

Mengulas mengenai hubungan yang kembali terjalin, Nadia berkata kepada Malaysian Digest, “hubungan kami sekarang okay. Doakanlah yang baik-baik untuk kami. InsyaAllah. Setakat ini kami seperti biasa. Perlahan-lahan membina hubungan ini. Kalau ada jodoh, tak ke mana”.

Walaupun mereka masih belum lagi berbincang untuk membawa hubungan ini ke peringkat seterusnya, Nadia mengatakan dia memberi ruang dan kesempatan kepada Sammy untuk mendalami ajaran Islam.



Diharapkan pasangan ini dapat menempuhi segala dugaan yang menimpa dan memang sukar sebenarnya untuk menarik seseorang bertukar agama, namun InsyaAllah hidayah Allah pasti akan diperoleh sekiranya kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara.

Sumber