Banner 468x60

Banner 468x60

Penduduk gempar rumah 'diserbu'

Penduduk gempar rumah 'diserbu'

TANAH MERAH - Suasana Kampung Jedok, di sini, yang selalunya tenang bertukar sesak dengan kehadiran puluhan kakitangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang 'menyerbu' dua rumah penduduk kampung itu, semalam.

'Serbuan' bagi mengawasi ancaman wabak selesema burung (H5N1) yang boleh meragut nyawa itu dilakukan selepas puluhan ayam milik dua penduduk terbabit mati disyaki berpunca daripada virus tersebut.

Dengan diawasi anggota polis, pasukan serbuan yang memakai sut perlindungan, penutup mulut dan sarung tangan memeriksa ayam di reban, mengambil sampel dan menyembur bahan kimia bagi mengawal penularan wabak.


Pemeriksaan ke atas reban ayam milik dua penduduk terbabit turut disertai anggota Pasukan Bertindak Pantas (RAT), Jabatan Perkhidmatan Veterinar dari Putrajaya dan kakitangan Jabatan Kesihatan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kelantan, Dr. Azri Adzhar berkata, kehadiran pegawai dan kakitangan agensi kerajaan terlibat adalah untuk menjalani latihan simulasi bagi menangani kecemasan veterinar berkaitan H5N1.

Katanya, latihan simulasi berdasarkan senario sebenar itu bagi menguji tahap dan sistem kesiapsiagaan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam menangani kes kecemasan veterinar.-Sinarharian