Sejak itu juga MMI perhatikan wajah-wajah rakyat Malaysia jernih-jernih belaka melainkan 2 kumpulan yang kurang jernihnya.
Satu kumpulan yang tak suka kerajaan BN dan dah tanam dalam diri setiap pemberian itu aku sapu tapi sokong tidak sekali.Hmm tak mengapalah yang penting ampa (yang layak) dapat juga BR1M kan !!
Huh bab ni tension sikitlah , memang ada mereka-mereka di luar sana yang dah memohon secara online tapi belum dapat-dapat lagi.Melihat kepada kawan-kawan yang dah dapat hati mula jadi resah ish aku ni dapat ke tidak ?
Ok kepada mereka-mereka yang masih belum dapat , sekiranya ampa semua layak maka INSYAALLAH hari ini selewat-lewatnya petang nanti akan masuklah dalam akaun masing-masing.
Menurut Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.
"Hari Isnin akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu).
Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M mempunyai akaun di bank tersebut," katanya.
Jadi kepada semua SABAR sekejap , pelan-pelan periksa na kalau tak masuk juga mesti ada masalah lain.Yang tu ampa kena rujuk LHDN. ---Sumber