Engku Emran Kongsi Gambar Uruskan Aleesya Tanpa Erra Fazira| KL, 26 FEB 2014: Murai Batu nak buat pengakuan kat sini,sebenarnya Murai Batu memang peminat kepada anak kepada Engku Emran dan Erra Fazira iaitu Engku Aleesya! Hahaha sukalah lihat wajah dan keletahnya yang comel sejak kecil lagi.
Seperti kita sedia maklum, Aleesya kini di bawah jagaan Engku Emran setelah pasangan ini sah bercerai pada 18 Februari lalu. Manakala Erra diberikan hak lawatan dan bermalam selain cuti sekolah dan hari perayaan sahaja.
Jadi segala urusan anak mereka yang kini berusia 5 tahun akan banyak diuruskan oleh Engku Emran. Murai Batu ada juga mengikuti laman sosial instargam Emran ni. Murai Batu lihat sejak dia ambil alih tugas menjaga anaknya itu, banyak juga foto-foto yang dikongsikan.
Murai Batu lihat setiap pagi, Emran pasti akan menyiapkan Aleesya siap berbaju sekolah dan sarapan. Sampaikan dandanan rambut serta klip rambut pun diuruskannya. Baguslah begitu, tapi Murai Batu tak tahu lah sama ada Emran kekok atau tidak menguruskannya.
Apa-apa pun, Murai Batu harap Emran dan Erra sama-samalah menjaga anaknya itu yang mungkin belum faham apa-apa yang berlaku. Lagipun,anak kan amanah Allah.—Murai.Com.my