Erra berkata, berita yang disampaikan oleh pengurusnya, Pauzi Samad, itu memang mengejutkan sekaligus mengganggu tumpuannya untuk teater muzikal Suara Kita anjuran Awie dan turut disertai oleh Ziana Zain yang bermula hari ini.
"Sebenarnya jadual saya begitu padat sekarang sehinggakan tidak dapat bercuti bersama kakitangan. Pengurusan telah menyusun jadual kerja saya sehingga Jun.
"Masa untuk anak saya pula, Engku Aleesya, 5, hanya diperuntukkan dua kali seminggu. Jadi, mana saya ada masa untuk bercinta atau dating," katanya yang akan kembali sibuk dengan rakaman program Primadona dan penggambaran drama arahan Erma Fatima selepas ini.