Meskipun sudah menafikan perkara itu, Hanez atau nama sebenar Hanez Suraya Abdul Aziz, 29, tetap menerima kritikan hebat.
"Saya pening dengan tuduhan liar yang dilemparkan tanpa ada bukti kukuh.
"Perkara ini telah menjejaskan periuk nasi saya sehingga terpaksa menolak beberapa tawaran lakonan," katanya kepada Zass, kelmarin.
Tegas Hanez, dia tidak mahu nama dan imejnya tercalar disebabkan fitnah tersebut.
“Saya bukan punca keretakan rumah tangga orang! Saya mahu bersihkan nama saya, atas fitnah yang dilemparkan,” kata Hanez.
Dedah hal sebenar
Akui agak tertekan dengan dakwaan yang dilemparkan itu, Hanez bakal tampil membuat sidang media bersama dengan jejaka tersebut.
“Saya bukannya tak nak mengaku dari awal, tetapi sebelum ini, saya berfikir untuk menjaga aib semua pihak. Buat apa nak canang kat semua, malu sebenarnya.
Menurut Hanez, dia berbuat demikian lantaran ramai yang memberi pandangan negatif, tidak kurang juga menuding jari terhadapnya.
Hanez berkata, dengan tampil memberi penjelasan, dia berharap tiada lagi tuduhan akan dilemparkan kepadanya sekali gus membersihkan imej dan karier seni yang dibinanya selama sepuluh tahun di dalam bidang seni. ---- Sinar Harian Online