Panel tiga hakim sebulat suara mengumumkan keputusan itu selepas dua hari mendengar hujahan pendakwa raya dan peguam bela.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara antara jam 3.10petang hingga jam 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan rayuan berhubung keputusan itu dengan melantik Tan Sri Muhammad Shaefee Abdullah mengetuai pihak pendakwa raya. ----Sinar Harian