"Tiada komen. Terima kasih," ujarnya ringkas menerusi aplikasi Whatsapp kepada mStar Online pada Rabu.
Adi dalam satu sidang media mengumumkan sendiri perkara berkenaan kepada pihak wartawan dan menganggap kontroversi itu selesai.
Dalam pada itu, Amiruddin memuat naik salinan dalam Instagram miliknya surat yang diterima daripada Bahagian Tatatertib Bukit Aman bagi memaklumkan tindakan terhadap seorang pegawai polis telah dilakukan.
Pada September tahun lalu, Adi didakwa menjalinkan hubungan dengan isteri orang dan aktor itu disiasat polis selepas suami wanita berkenaan iaitu seorang ahli perniagaan dari Johor membuat aduan.
Pelakon KL Gangster itu didakwa saling berbalas mesej dan bertukar gambar lucah dengan wanita terbabit yang berusia 30 tahun walaupun baru seminggu berkenalan.
Bagaimanapun Amiruddin dan isterinya telah bercerai selepas insiden itu. Mereka mempunyai seorang anak.-mStar