Seorang wanita berusia 38 tahun didakwa dirog0l beramai-ramai di sebuah negeri di selatan India yang mana kerajaannya dikecam hebat kerana gagal menangani peningkatan kes serangan seksual, kata polis semalam.
Seorang pegawai kanan polis berkata, wanita itu keluar membeli ubat malam Jumaat lalu apabila tiga lelaki mengumpannya ke sebuah rumah yang masih dalam pembinaan dan menyerang mangsa di negeri Uttar Pradesh.
Wanita itu membuat aduan polis berhubung serangan tersebut pada hujung minggu lalu di bandar Bisauli, dalam daerah Badaun. Badaun merupakan daerah sama di mana dua gadis yang masing-masing berumur 12 dan 14 tahun diperkosa beramai-ramai sebelum menggantung diri pada hujung bulan lalu. [ Sumber ]