Ketua Unit Kemalangan di subdirektorat penguatkuasaan undang-undang polis bandar raya, Miyanto berkata Rizka, 31, dan suaminya, Aldico Juniarto sedang dalam perjalanan dengan teksi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta untuk menaiki penerbangan ke Malaysia.
Beliau berkata teksi itu melanggar sebuah trak yang diletak di tepi jalan, kemudian melanggar pula sebuah Honda CRV sebelum merempuh sekatan jalan konkrit.
Aldico dan pemandu teksi, Eko Yulianto terselamat dalam kemalangan itu dan dikejarkan ke Hospital Atmajaya di Pluit.
Seorang doktor dari Hospital Atmajaya, Andri P, berkata Eko kini menjalani rawatan kerana kecederaan saraf tunjang yang teruk.
Sumber