Nabil dan Nazirah mengambil peluang mengabadikan gambar mereka di hadapan menara Eiffel. Namun apa yang mencetuskan sedikit isu panas ialah adegan pasangan suami isteri ini.
Menerusi sekeping gambar yang dimuat naik Nabil di laman Instgram miliknya, menunjukkan dia mencium pipi Nazirah. Foto tersebut telah mendapat beberapa komen pedas daripada sebilangan pengikut di akaun Instagramnya.
“Tapi kami ni dah jadi suami isteri. Saya punya pasal lah! Nak cium ker apa sebab yang saya cium tu isteri saya bukan orang lain,” kata Nabil ketika ditemui pada sidang media sitkom Cakap Melayulah! bertempat di Unitar, Petaling Jaya, semalam.
Tidak ambil pusing dengan kritikan tersebut, Nabil berkata dia sekadar mahu berkongsi momen tersebut bersama peminat memandang ini pertama kali dia dan isterinya bercuti di Eropah.
“Saya tak tiru sesiapa atau mana-mana pasangan artis pun. Saya cuma hendak kongsi saat itu kepada peminat. Lagipun ini pertama kali saya ke Eropah dengan isteri. Kami seronok sangat masa tu. Masa nikah dulu, saya cium juga pipi dia, tak pulak orang nak kritik”
Sementara itu, bercerita pula tentang keluarga, Nabil berkata dia dan isteri kini sedang berusaha mahu memperolehi cahaya mata kedua. Sebelum ini mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Naera Mikayla, yang kini berusia hampir dua tahun.
“Kami memang rancang nak anak lagi. Kasihan pada Mika sebab dia bermain seorang diri, Kalau bawa dia ke Toys R Us di Mid Valley, dia tak mahu balik sebab di sana ada macam taman permainan mini, dia seronok bila dapat main dengan anak-anak orang lain”
Tetang kerjaya, Nabil bakal muncul dalam sitkom Cakap Melayulah! mulai 23 Jun di saluran Astro Warna. Selain itu, dia sibuk dengan komitmen sebagai hos ‘Meletop‘ dan ‘Ceria Pop Star‘. Pada pertengahan bulan ini, Nabil juga bakal sibuk di lokasi penggambaran telemovie ‘Nangkrong‘ arahan pengarah Michael Ng. (rtky/fr)