Berita Harian hujung minggu lalu melaporkan yang seorang penyanyi rock terkenal tanah air telah bertindak memukul isterinya di khalayak ramai baru baru ini selepas mereka berdua dikatakan menghadapi satu salah faham yang tidak pasti apa sebenarnya.
Wanita itu yang juga merupakan ibu kepada tiga anak hasil perkahwinan dengan penyanyi rock ini mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di ibu negara kerana kesakitan akibat perbuatan suaminya itu. Teruk sangat agaknya dipukul, maklumlah mana mahu melawan.
Ada sumber yang menyampaikan kepada kami, walaupun tidak tertulis dalam laporan akhbar, yang semua ini berpunca apabila si isteri bertindak mencuri wang tunai suaminya dan rockers yang memang terkenal dengan sikap panas baran itu tidak dapat menahan sabar. (rtky/m)