"Saya begitu terkejut kerana pada mulanya saya bercadang untuk membeli kereta baharu dan sudahpun membayar duit pendahuluan namun pada keesokannya kereta tersebut telah dibayar dan menjadi milik saya," jelas Rossa.
Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagu berjudul Ayat-Ayat Cinta itu berkata, pemberian hadiah tersebut bukan bukti tanda keseriusan hubungan mereka.
"Itu bukan bukti cinta dia terhadap saya kerana sebelum ini saya selalu menerima hadiah yang mahal daripada rakan-rakan.
"Malah, harga kereta tersebut tidaklah terlalu mahal. Kalau dia berikan saya pesawat barulah istimewa," seloroh Rossa yang kini berusia 35 tahun. Kosmo