Itu antara dugaan dan kepayahan dilalui ibu mithali ini menjaga Yazid Aziz, 30, Sufiya, 27, Surani, 25, Mohd Syukri Hafiz, 23, Rizal, 20, dan Mohd Amir Haikal, 11, yang sepatutnya dicontohi golongan ibu sempena Hari Ibu, hari ini.
Biarpun terpaksa melayan pelbagai kerenah mereka yang mempunyai karakter masing-masing, ia tidak membuatkan Fauziah baran dengan keletah nakal enam daripada lapan anaknya.
Sebaliknya, ibu tunggal ini menganggap mereka nadi hidupnya dan amanah Allah yang perlu dijaga walaupun terpaksa berkorban wang, masa dan tenaga.
“Saya menerima mereka seadanya. Biarpun tidak sempurna seperti orang lain, mereka ada tempat yang sempurna di mata saya.-hmetro.com